Unit 7

 

Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi KSSR Tahun 1. Laman web ini mengandungi nota-nota dan aktiviti-aktiviti tambahan untuk guru dan murid.
Laman web ini telah disusun mengikut muka surat dan unit-unit tertentu, selari dengan kandungan dalam Buku Teks. Nota-nota yang terkandung dalam laman web ini terdiri daripada nota-nota tambahan bagi segmen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), serta aktiviti-aktiviti tambahan yang menarik minat guru dan murid.
Diharapkan agar pihak guru dan murid dapat menggunakan laman web ini seoptimum mungkin.
 
Sekian, terima kasih.

UNIT 6 - HIDUNG UNTUK MENGHIDU

 

MUKA SURAT 56 - UNTUK MURID

Aktiviti Reka Bentuk - Penyaman Udara

 

Kamu boleh membuat penyaman udara sendiri dengan menggunakan buah oren dan bunga cengkih. Penyaman udara ini sesuai diletakkan di atas meja supaya bilik berbau wangi.


Bahan:
Sebiji buah oren.
Segenggam bunga cengkih.

 

Rajah 1: Bunga cengkih dan buah oren.

 

Langkah-langkah:
1. Cucuk bunga cengkih pada kulit buah oren.
2. Penuhkan bunga cengkih pada kulit buah oren tersebut.

 

Rajah 2: Cucuk bunga cengkih pada kulit buah oren.

 

 

Rajah 3: Penyaman udara yang telah siap.

 

Cadangan:
Kamu boleh hiaskan penyaman udara ini dengan mencucuk buah cengkih mengikut bentuk yang menarik. Anda juga boleh gantikan buah oren dengan buah lemon atau limau nipis.

 

 

 

 

MUKA SURAT 60 - UNTUK GURU

TMK – Mari Buat Persembahan

 

Nota tambahan untuk guru mengenai Microsoft PowerPoint. Terdapat dua versi nota yang disediakan, iaitu versi Microsoft Office XP dan versi Microsoft Office 2007.



TMK - Mari Buat Persembahan (Versi Microsoft Office XP)
TMK - Mari Buat Persembahan (Versi Microsoft Office 2007)
 

 

Nota penting:

 

Terdapat kesalahan pada langkah nombor 7.

Untuk tambah slaid baharu, klik dan pilih .

 

 
: 2260541

 



Kemaskini pada 2016-11-01 16:09:25 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.