Kota Kata

KOTA KATA

1. Kata : LAKARAN BEBAS
  Kelas kata : kata nama
  Bidang : Seni lukis
  Takrif : lakaran yang dibuat secara bebas tanpa menggunakan pembaris, sesiku dan sebagainya
 
2. Kata LAKARAN BENTUKAN
  Kelas kata : kata nama
  Bidang : Seni lukis
  Takrif : lakaran yang menggambarkan asas bentuk tiga dimensi
 
3. Kata LAKON BISU
  Kelas kata : kata nama
  Bidang : Sastera
  Takrif : pertunjukan dalam bentuk pantomim yang dilakonkan oleh pelakon dengan memakai topeng atau menyamar
 
4. Kata : LAKON KRONIKAL
  Kelas kata : kata nama
  Bidang : Sastera
  Takrif : drama yang mengutamakan peristiwa bersejarah dalam pemerintahan seorang raja yang lebih banyak memperlihatkan kebesaran dan kehebatan sesuatu peristiwa adat istiadat pertabalan dan sebagainya
 
5. Kata : LAKON SEBABAK
  Kelas kata : kata nama
  Bidang : Sastera
  Takrif : drama yang menjadi salah satu acara dalam pertujukan anekarama dan sebagai acara selingan dalam sesebuah persembahan teater
 
6. Kata : LAKON TOPENG
     Kelas kata : kata nama
  Takrif : lakonan yang dijayakan oleh para pemain yang memakai topeng atau sebarang bentuk penyamaran
 
7. Kata PELAKON BERSAMA
  Kelas kata : kata nama
  Takrif : pelakon yang berkongsi peranan utama dengan pelakon lain
 
8. Kata : PELAKON PEMBANTU
  Kelas kata : kata nama
  Takrif : pelakon yang memainkan watak kedua terpenting di samping watak utama
 
9. Kata : PELAKON SAMPINGAN
  Kelas kata : kata nama
  Takrif : pelakon yang memainkan sesuatu watak yang diadakan untuk melengkapkan persembahan sesebuah drama, filem dan sebagainya
 
10. Kata : PELAKON TAMBAHAN
  Kelas kata : kata nama
  Takrif : pelakon yang memainkan sesuatu watak yang diadakan untuk tujuan meramaikan jumlah pelakon
 

 



Kemaskini pada 2017-02-08 10:36:05 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.