HIMPUNAN KATA MELAYU LAMA - ABJAD A

 HIMPUNAN KATA MELAYU LAMA - ABJAD A

 

Rujukan:
HHT - Hikayat Hang Tuah PM(BP) - Pantun Melayu Balai Pustaka
HMM - Hikayat Merong Mahawangsa SMA - Syair Madhi
HUDM - Hikayat Upu Daeng Menambun SM - Sejarah Melayu
HACT - Hikayat Anggun Cik Tunggal SSM - Syair Sultan Maulana

 

1.

Kosa Kata

:

adipati (اديفات)(Jw.)
  Makna

:

kepala daerah
  Contoh Ayat Klasik

:

Syahadan segala raja-raja dan adipati yang di atas peseban itu hairan melihat kelakuan Tun Tuah.
  Petikan Sumber : HHT, hlm. 116
       

2.

Kosa Kata :

agus, anak agus

  Makna : sj. gelaran, panggilan hormat, bagus, mulia
  Contoh Ayat Klasik :

anak agus dalam ayunan,
  anak cicak hinggap di betung;
sungguh bagus kain tenunan,
  sayang sedikit bersambung-sambung.

  Petikan Sumber : PM BP, hlm. 113
       

3.

Kosa Kata : afwah (افوه)(Ar.)
  Makna : berkat, tuah
  Contoh Ayat Klasik : Dengan afwah Datuk Pendeta insya-Allah Taala rezeki kita dimudahkan Allah.
  Petikan Sumber : HMM, hlm. 90
       

4.

Kosa Kata : alun-alun, di alun-alun (دالون٢)
  Makna : tanah lapang di hadapan keraton (istana)
  Contoh Ayat Klasik : Esok pagi hari patik semua berkumpul di alun-alun di peseban agung, muafakat siapa-siapa yang patut anakanda berempat itu menjadi sultan muda akan ganti tuanku.
  Petikan Sumber : HUDM, hlm. 30
       

5.

Kosa Kata

:

ambal, berambal-ambalan (برامبل ـ امبلن)
  Makna

:

berarak-arakan
  Contoh Ayat Klasik

:

berjalan Madhi raja handalan,
serta dengan Ibrahim nin taulan,
Ratna Asykiah dahulu berjalan,
diiringkan dayang berambal-ambalan.

  Petikan Sumber

:

SMA, hlm. 211
       

6.

Kosa Kata

:

astakona (استاکونا)
  Makna

:

segi lapan
  Contoh Ayat Klasik

:

syahadan adalah di darat balai keemasan itu sebuah balai, tiangnya astakona, dindingnya berkambi bercap serba bagai warna.
  Petikan Sumber

:

HHT, hlm. 459
       

7.

Kosa Kata

:

arungan (اروغن)
  Makna

:

di tengah lautan yang dalam
  Contoh Ayat Klasik

:

beberapa lamanya belayar daripada negeri Rom itu maka sampailah ke tengah arungan dengan beberapa melalui kuala negeri.
  Petikan Sumber

:

HMM, hlm. 7
       

8.

Kosa Kata

:

astaka (استاك)
  Makna

:

sj. balai dalam istana, balai pertemuan
  Contoh Ayat Klasik

:

maka bendahara naik ke astaka menyambut raja naik ke atas usungan, lalu berangkat ke masjid seperti yang tersebut dahulu itu.
  Petikan Sumber

:

SM, hlm. 79
       

9.

Kosa Kata

:

atip, diatip
  Makna

:

disusun, diatur
  Contoh Ayat Klasik

:

berseludang pisang di Jambi,
  diatip sahaja yang belum;
berhidang sudahlah kami,
  berangkat saja yang belum.
  Petikan Sumber

:

HACT, hlm. 126
       

10.

Kosa Kata

:

anta permana (انت فرمان)
  Makna

:

tidak terkira
  Contoh Ayat Klasik

:

akal baginda sangat sempurna,
  adil dan murah terlalu behena;
masyhur limpah anta permana,
  dikasih oleh mulia dan hina.

  Petikan Sumber

:

SSM, hlm. 1

 

 

 
: 4062148

 



Kemaskini pada 2016-11-02 10:24:56 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.