HIMPUNAN KATA SASTERA MELAYU LAMA - ABJAD B

  HIMPUNAN KATA SASTERA MELAYU LAMA - ABJAD B

 

Rujukan:
SSS - Syair Seratus Siti HSJ - Hikayat Sempurna Jaya
SMA - Syair Madhi HMTJK - Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma
SKAB - Syair Kamar al-Badri HPP - Hikayat Parang Putting
SM - Sejarah Melayu SBP - Syair Burung Pungguk

1.

Kosa Kata

:

bahari (بهري)
  Makna

:

Indah, elok, molek, bijaksana
  Contoh Ayat Klasik

:

Setelah sampai tuan puteri,
Berangkat pula sultan bahari,
Dengan segala isi negeri,
Percintaan tidak lagi terperi.
  Petikan Sumber : SSS, hlm.22
       

2.

Kosa Kata :

balut (بالوة)

  Makna : bengkak, sembab kerana menangis
  Contoh Ayat Klasik :

Sungguhpun ia berkusut-kusut,
Cantiknya manis lemah lembut,
Bekas menangis matanya balut,
Kulitnya halus seperti umbut.

  Petikan Sumber : SMA, hlm. 15
       

3.

Kosa Kata : beka, berbeka-beka (بربيك٢)
  Makna : bercakap-cakap, berbual-bual, bersenda gurau
  Contoh Ayat Klasik : Setelah sudah berbeka-beka,
Berangkat turun Sultan Paduka,
Dihantar oleh segala mereka,
Segala perempuan itu belaka.
  Petikan Sumber : SKAB, hlm. 63
       

4.

Kosa Kata : beladau (بلداو)
  Makna : sj. golok
  Contoh Ayat Klasik : Syahadan akan raja Maluku itu terlalu gagah, jika nyiur umbi ditetaknya dengan beladau, putus.
  Petikan Sumber : SM, hlm 180
       

5.

Kosa Kata

:

bentur, berbenturan (بربنتوران)
  Makna

:

berbenturan
  Contoh Ayat Klasik

:

Sulanjar dan Sulanjir itu mengamuklah ke sana ke mari menurut laku tuannya.  Banyaklah gajah yang mati terbunuh padanya itu, setengah berbenturan bersama kawannya.
  Petikan Sumber

:

HSJ, hlm. 61
       

6.

Kosa Kata

:

bilis (بيلس)
  Makna

:

tidak terang, kabur dan berair
  Contoh Ayat Klasik

:

Ceteranya Madhi sudah habis,
Termaktub kepada harinya Khamis,
Adapun akan orang menulis,
Orang tua bongkok matanya bilis.
  Petikan Sumber

:

SMA, hlm. 338
       

7.

Kosa Kata

:

bini aji (بيني اجي)
  Makna

:

gundik raja
  Contoh Ayat Klasik

:

Syahadan kepada masa itu Sang Nata laki isteri duduk di mendapa kidul diadap segala bini aji.
  Petikan Sumber

:

HMTJK, hlm. 26
       

8.

Kosa Kata

:

biram (بيرام)
  Makna

:

merah tua
  Contoh Ayat Klasik

:

Gandasuli semuanya biram,
Dilontarnya Pungguk ke dalam jamjam,
  Terselam kepada air yang dalam,
  Baharulah Pungguk kalbunya muram.
  Petikan Sumber

:

SBP, hlm. 17
       

9.

Kosa Kata

:

bokor (بوکر)
  Makna

:

bekas seakan-akan pinggan tetapi lebih dalam dan mungkum
  Contoh Ayat Klasik

:

Maka bonda Caya Langkara pun keluarlah membawa siri di dalam bokoremas.
  Petikan Sumber

:

HCL, hlm. 24
       

10.

Kosa Kata

:

buana (بوانا)
  Makna

:

dunia, bumi, alam
  Contoh Ayat Klasik

:

Maka kepada ketika itu Betara Kala pun sedang mengedari jagat buana.
  Petikan Sumber

:

HPP, hlm. 42

 

 

Tarikh Kemaskini : 29 Jun 2006. Penyelenggaraan: Puan Kalthom Abdul Ghani, Bhg Sistem Maklumat. Pembekal Maklumat: Puan Siti Norsuhaila Samsudin, Bhg Perkamusan

 

 
: 4062171


Kemaskini pada 2016-11-02 10:26:48 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.