Anugerah Tokoh Sastera Nusantara

Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) ialah tradisi pertemuan para sasterawan empat negara serumpun (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam) yang telah dimulakan sejak tahun 1977. Antara resolusi PSN untuk mewujudkan Anugerah Sastera Nusantara. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada penulis-penulis yang memberikan sumbangan yang bermakna dalam perkembangan sastera negara masing-masing. Resolusi tersebut hanya dapat dilaksanakan pada PSN IX di Sumatera Barat, Indonesia, pada tahun 1997. Anugerah diberikan kepada para penulis berasaskan buku-buku dalam genre puisi, cerpen, novel, drama dan esei kritik. Para pemenangnya terdiri daripada penulis-penulis Indonesia. Anugerah ini ialah sumbangan daripada Gabenur Sumatera Barat.

Tujuan diwujudkan Anugerah ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf tokoh-tokoh sasterawan dari empat negara, mewujudkan semangat Nusantara di kalangan penulis melalui suatu pengiktirafan yang bersifat serantau, dan memberikan makna kepada PSN untuk menjadi pertemuan yang berprestij melalui skim anugerah sastera yang berwibawa. Nilai hadiah Anugerah Sastera Nusantara ini ialah wang tunai bernilai RM5,000.00 dan Warkah Penghargaan.

Senarai Penerima Anugerah Sastera Nusantara 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2020-02-21 19:37:23 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.