KARYAWAN TAMU - KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

 



TAFSIRAN & TUJUAN
DASAR PEMILIHAN
TANGGUNGJAWAB
KEMUDAHAN
PENERBITAN KARYA
MESYUARAT PENGURUSAN
KUASA MESYUARAT PENGURUSAN
KUASA DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP AHLI MESYUARAT
BORANG KARYAWAN TAMU

 

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UNTUK KARYAWAN TAMU

Warganegara Malaysia

  • Karyawan Tamu Dewan warganegara Malaysia akan menerima geran berjumlah RM 60,000.00 setahun yang akan dibayar mengikut kemajuan projek dalam tempoh pelantikan. 
  • Cukai pendapatan Karyawan Tamu Dewan yang dikenakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berkaitan dengan pendapatan geran di bawah Perjanjian Karyawan Tamu Dewan akan ditanggung sepenuhnya oleh Karyawan Tamu Dewan.
  • Karyawan Tamu Dewan boleh dikehendaki berada di DBP apabila diperlukan sesuai dengan Perkara 6.2, 6.3 dan 6.4.  Karyawan Tamu Dewan akan diberi kemudahan tempat bekerja.
  • Karyawan Tamu Dewan hendaklah memberikan laporan bertulis tentang kemajuan projek kepada Pengurus Projek berdasarkan sasaran kemajuan projek seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian.  Laporan bertulis Karywan Tamu Dewan hendaklah disediakan setiap tiga (3) bulan, dan dikemukakan kepada Urus Setia untuk dilaporan kepada Mesyuarat Pengurusan.

Warganegara Asing

  • Karyawan Tamu Dewan warganegara asing akan menerima geran berjumlah RM60,000.00 setahun  yang akan dibayar mengikut kemajuan projek dalam tempoh pelantikan.
  • Cukai pendapatan  Karyawan Tamu Dewan warganegara asing yang dikenakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berkaitan dengan pendapatan geran di bawah Perjanjian Karyawan Tamu Dewan akan ditanggung sepenuhnya oleh Karyawan tamu Dewan.
  • Karyawan Tamu Dewan warganegara asing digalakkan tinggalkan di negara ini dan berada di premis DBP dalam tempoh perlantikan  untuk menyelesaikan projek.  Karyawan Tamu Dewan akan diberi kemudahan tempat bekerja, elaun penginapan sebanyak RM 1000.00 sebulan sepanjang tempoh berada di Malaysia, atau disediakan tempat kediaman yang bersesuai, seperti yang ditetapkan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan.
  • Karyawan Tamu Dewan hendaklah memberikan laporan bertulis tentang kemajuan projek kepada Pengurus Projek berdasarkan sasaran kemajuan projek seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian.  Laporan bertulis Karyawan Tamu Dewan hendaklah disediakan setiap tiga (3) bulan, dan dikemukakan kepada Urus Setia untuk dilaporkan kepada Mesyuarat Pengurusan.

 

 

   

Kemaskini pada 2017-08-17 16:53:28 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.