SELENDANG BUDAYA

Kumpulan Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada tahun 1973.  Kumpulan Kebudayaan ini merupakan salah sebuah kumpulan korporat Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih bergiat aktif sehingga kini.  Bermula dari tahun 1998, kumpulan ini dikenal sebagai Kumpulan Selendang Budaya DBP.  Kumpulan ini dianggotai oleh 21 orang ahli  daripada kalangan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (terdiri daripada tujuh lelaki dan 14 perempuan).   

Penubuhan Kumpulan Selendang Budaya DBP bertujuan memperkembang dan mengekalkan warisan budaya dan kesenian Melayu yang semakin dilupakan oleh sesetengah pihak.  Di samping menghiburkan dan menceriakan pelbagai majlis, terutamanya yang dianjurkan oleh DBP dan pihak luar, kumpulan ini juga berperanan

Antara program yang pernah disertai ialah Festival Antarabangsa Kebudayaan Rakyat Songkla (Oktober 1981), Festival Antarabangsa Kebudayaan Rakyat Musim Panas di Scazhalombatta, Hungary (13-22 Ogos 1997) dan Festival Dunia - Perarakan Brunssum 2000 di Brunssum, Holland.

 

 

 

 



Kemaskini pada 2016-11-04 10:57:08 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.