|
1. Jabatan Dasar dan Penyelidikan
-
Melaksanakan program penyelidikan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat bagi mengenal pasti dan merangka pelan strategik untuk pencapaian misi dan visi DBP.
-
Melaksanakan penyelidikan dan pemiawaian rumus, pedoman dan panduan bahasa Melayu sebagai asas kepada usaha pemerkasaan bahasa Melayu.
-
Meneroka dan memperluas rangkaian kerjasama DBP dengan institusi luar bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program DBP.
-
Melaksanakan penyediaan sejarah, teks dan tokoh karya sastera berbahasa Melayu sebagai asas kepada pemerkasaan sastera kebangsaan.
-
Memperkaya koleksi dan memulihara khazanah kepustakaan Melayu dalam pelbagai bentuk dengan pengkhususan kepada bidang persuratan Melayu sebagai sumber sehenti rujukan pengkaji bahasa Melayu.
2. Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera
-
Menyusun, mengemas kini dan menyelenggara pelbagai jenis kamus dan produk kamus.
-
Menyusun, mengemas kini dan menyelenggara pelbagai jenis ensiklopedia dan produk ensiklopedia.
-
Melaksanakan penelitian terhadap kata, kata lama berdasarkan teks Melayu lama, perbendaharaan kata dan istilah bahasa Melayu dan linguistik komputeran, pemprosesan bahasa tabii dan pengurusan pangkalan pengetahuan.
-
Menggubal dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
-
Melaksanakan penelitian dan penyusunan bahasa rujukan leksikal seperti kamus istilah, glosari istilah, daftar ejaan Jawi, tesaurus bahasa Melayu dan sebagainya.
-
Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri.)
3. Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
-
Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar negara.
-
Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.
-
Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu.
-
Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.
-
Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera).
-
Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera.
-
Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri).
4. Jabatan Penerbitan
-
Menguruskan penerbitan majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja, sama ada dalam bentuk cetak, elektronik atau multimedia interaktif.
-
Membantu menyediakan bahan untuk promosi majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja.
-
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan penerbitan.
-
Mengurus TV Web DBP.
-
Menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan harta intelek.
5. Jabatan Khidmat Pengurusan
-
Merancang dan menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dari segi pengambilan, penempatan, kemajuan kerjaya pegawai, perhubungan perusahaan, faedah-faedah kepada pegawai dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan pegawai.
-
Merancang dan menguruskan keperluan latihan secara sistematik bagi pegawai-pegawai DBP mendapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya secara cekap dan berkesan, sesuai dengan keperluan organisasi.
-
Menguruskan keperluan khidmat sokongan dari segi teknikal, pengangkutan, penyediaan tempat kerja serta membekalkan segala peralatan serta perkakasan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas jabatan/bahagian dengan cekap dan berkesan.
-
Mengawal keselamatan bangunan dan persekitaran dalam dan luar bangunan daripada segala bentuk ancaman gangguan dan musuh.
|
Kemaskini pada 2019-05-16 23:29:19 daripada Pentadbir Sistem