PENYEDIAAN MANUSKRIP
- Manuskrip hendaklah asli dan belum pernah diterbitkan. Penulis bertanggungjawab untuk mengesahkan keaslian manuskrip dan mendapatkan izin terbit bagi semua bahan dalam manuskrip yang memiliki hak cipta daripada pihak luar.
- Manuskrip perlu ditaip langkau dua baris dengan menggunakan perisian MS Word dan jenis muka taip Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin.
- Manuskrip hendaklah dicetak jelas dengan menggunakan kertas putih saiz A4 yang berkualiti, sebelah muka surat dan dijilid. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
- Manuskrip hendaklah lengkap mengandungi:
- Halaman judul (mengandungi judul buku dan nama penulis)
- Senarai kandungan
- Dedikasi/Penghargaan (jika ada)
- Kata pengantar (jika perlu)
- Prakata
- Pendahuluan/Pengenalan (jika ada)
- Seluruh bahan teks (termasuk ilustrasi atau brif ilustrasi bagi judul kanak-kanak)
- Lampiran (jika ada)
- Glosari (jika ada)
- Bibliografi
- Indeks
- Ilustrasi/jadual/foto (jika berkaitan) - secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus di dalam teks
- Biodata penulis
Anggaran jumlah halaman manuskrip adalah seperti yang berikut:
Bil.
|
Manuskrip
|
Anggaran Jumlah Halaman
|
1.
|
Buku Umum/Ilmiah
|
150 hlm. ke atas
|
2.
|
Novel Dewasa
|
200 hlm. ke atas
|
3.
|
Cerpen Dewasa
|
150 hlm. ke atas (minimum 20 cerpen)
|
4.
|
Drama Dewasa
|
200 hlm. ke atas (minimum 5 skrip drama)
|
5.
|
Puisi Dewasa
|
70 hlm. ke atas atau 70 buah puisi
|
6.
|
Novel Remaja
|
150 hlm. ke atas
|
7.
|
Puisi Remaja
|
Maksimum 50 puisi
|
8.
|
Novel Kanak-kanak
|
100 – 150 hlm.
|
9.
|
Puisi Kanak-kanak
|
Maksimum 50 puisi
|
10.
|
Buku Bergambar Kanak-kanak
|
8 hlm./16 hlm./24 hlm./32 hlm.
berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan
|
11.
|
Buku Berilustrasi Kanak-kanak
|
48 hlm.
berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan
|
12.
|
Buku Infografik Kanak-kanak
|
32 hlm./48 hlm.
berserta rajah/gambar foto/ilustrasi lengkap
|
PENYERAHAN MANUSKRIP
Penulis hendaklah menyerahkan manuskrip berserta bahan iringan seperti yang berikut:
- Surat iringan.
- Salinan bercetak manuskrip.
- Salinan lembut manuskrip (disimpan dalam DVD atau pemacu pena yang tidak akan dikembalikan).
- Surat Perakuan Karya Asli (yang menyatakan karya ini milik penulis dan bukan hasil yang diciplak daripada karya orang lain).
- Borang Biodata.
- Surat Pengesahan Izin Terbit bahan yang memiliki hak cipta daripada pihak luar (jika berkaitan).
- Surat kebenaran atau pelepasan daripada penaja atau universiti bagi manuskrip yang dihasilkan daripada tesis.
- Ilustrasi asal dalam bentuk digital dan bercetak (jika berkaitan).
Apakah proses yang akan dilalui?
- Manuskrip lengkap diterima oleh DBP.
- Manuskrip didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Editorial (SPE). Pendaftaran memerlukan nama penulis, alamat , e-mel dan nombor telefon penulis.
- Penulis menerima Surat Perakuan Penerimaan Manuskrip.
- Manuskrip dinilai pada peringkat awal oleh bahagian yang akan menanganinya (sama ada judul untuk peringkat dewasa, peringkat remaja, peringkat kanak-kanak) untuk dilihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak. Penulis hendaklah bersedia untuk membuat penambahbaikan sekiranya diminta.
- Jika manuskrip tidak sesuai untuk diterbitkan oleh DBP, surat penolakan akan diserahkan kepada penulis.
- Jika manuskrip sesuai untuk diterbitkan, manuskrip tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) untuk mendapatkan kelulusan penerbitannya.
- Penulis menandatangani dokumen Perjanjian Lesen Penerbitan yang mengandungi terma-terma tentang hak cipta dan royalti buku penulis.
Maklumat tambahan:
- Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh enam (6) bulan selepas kelulusan JKE.
- Bayaran royalti kepada penulis ialah sebanyak 12 peratus (buku umum) dan 20 peratus (buku ilmiah).
- Penulis boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya jika manuskrip ditolak secara rasmi oleh DBP.
|
|
Sebarang pertanyaan berhubung dengan manuskrip boleh diajukan kepada wakil bahagian seperti yang berikut:
Bidang
|
Bahagian
|
Umum
Ilmiah
|
Ketua Editor,
Bahagian Buku Umum, Aras 13
03-21479585
azahari@dbp.gov.my
|
Sastera
|
Ketua Editor,
Bahagian Buku Sastera, Aras 10
03-21479697
nurjulia@dbp.gov.my
|
Bahasa
|
Ketua Editor,
Bahagian Buku Bahasa, Aras 26
03-21479254
tengku@dbp.gov.my
|
Kanak-kanak
Remaja
|
Ketua Editor,
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Aras 19
03-21479252
mariati@dbp.gov.my
|
Manuskrip dan bahan iringan boleh dihantar ke alamat seperti yang berikut dengan menyatakan bidang karya pada sudut kanan atas sampul surat:
Pengarah Penerbitan,
Jabatan Penerbitan,
Tingkat 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.
* DBP tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan bahan dalam proses penghantaran.
* DBP berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak lengkap.
* Borang Biodata penulis boleh didapati daripada bahagian yang berkaitan.
|
Kemaskini pada 2021-06-15 00:09:40 daripada Pentadbir Sistem