Pelajar Asing Wajib ambil UKBM
Nilai - Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) memperkenalkan Ujian Kefahaman Bahasa Melayu (UKBM) yang wajib diambil pelajar asing di negara ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, pihaknya menyiapkan kertas cadangan sebelum diserahkan kepada Kabinet bagi membuat dasar berkenaan.
"Pada peringkat awal kami ingin pelajar asing yang menuntut di neraga ini menduduki ujian tersebut bagi melihat tahap pemahaman mereka.
Berdasarkan hasil ujian, kami meletakkan mereka mengikut tahap pencapaian sebelum diberi modul yang disediakan antara pihak kami dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan DBP di bangunan Canselor, USIM di sini semalam.
Turut hadir, Naib Canselor UKBM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.
Awang berkata pada peringkat awal, ujian itu tidak wajib lulus namun ia wajib diambil sebagai memartabatkan bahasa Melayu.
'Kami lihat kebanyakan negara maju menetapkan dasar kepada warga asing memahami bahasa ibunda mereka.
Jika dasar ini diluluskan sesuai kerana Malaysia ke arah negara maju." katanya.
Kemaskini pada 2016-11-09 09:34:14 daripada Pentadbir Sistem