FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN KE-17

FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN KE-17 1427H/2006M
Tarikh:            17 - 18 Jamadilawal 1427H/14 - 15 Jun 2006M
Tempat:          Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Tema:             Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah

RAYYAN UKIR NAMA DBP DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Kumpulan Nasyid Rayyan DBP telah melangkah dengan bergaya apabila dinobatkan sebagai Johan dalam Festival Nasyid  Peringkat Kebangsaan ke-17 bagi kategori  Moden di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2006 yang lalu melalui lagu Ilmu Peradaban Ummah.  Lagu Ciptaan Hj. Mahzan Manan manakala liriknya pula ditulis oleh Hj. Wan Abdul Hamid Wan Teh.

 

Selain mengungguli kategori tersebut, Kumpulan Nasyid Rayyan turut meraih kemenangan dalam kategori Persembahan Terbaik.  Selaku johan Kategoti Moden, Kumpulan Rayyan DBP menerima hadiah wang tunai RM 5,000.00, piala iringan, cenderamata dan sijil manakala wang tunai RM 1.000.00, Sijil dan Piala Iringan untuk Kategori Persembahan Terbaik. 


Untuk festival pada tahun ini, Kumpulan Nasyid Rayyan DBP dibarisi oleh gandingan penyanyi lama dan baru, iaitu Encik Razid bin Sahran (Bahagian Penerbitan Bahasa), Encik Mohd. Rizan Mohd. Yusof (Bahagian Pentadbiran Am), Encik Nasarruddin bin Nasir (Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu), Encik Mohd. Fadzli bin Tajuid (Bahagian Perkamusan), Encik Yahya bin Haji Abu Bakar (Bahagian Perkamusan), Encik ‘Azimin bin Daud (Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam), Encik Shahrun Nizam bin Mohd. Nor (PURNAMA) dan Encik Mohd. Zamri bin Haji Abdul Hamid (Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan).  Kumpulan Nasyid Rayyan diketuai oleh Hj. Abu Bakar bin Hj. Buyong (Bahagian Sistem Maklumat) manakala pembimbing Kumpulan Nasyid Rayyan DBP ialah Hj. Mahzan Manan.



Kemaskini pada 2016-11-17 14:32:21 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.