KUMPULAN NASYID: GALERI FOTO |
FESTIVAL NASYID ANTARA KEMENTERIAN KE-5/2005 "Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah" [Naib Johan] - Lagu: Insan Abrar, Ciptaan: Tuan Haji Mahzan Manan Lirik: Kumpulan Rayyan DBP Oleh: Abu Bakar bin Buyong |
DENGAN tema ?Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah? Festival Nasyid Antara Kementerian kali ke-5 telah dilangsungkan di Auditorium Blok D8, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pada 7 April 2005 yang lalu. Festival anjuran Jabatan Perdana Menteri ini, bertujuan untuk mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dalam arena seni suara yang berteraskan kesenian Islam dengan menjadikan nasyid sebagai media dalam membantu mengembangkan syiar Islam. Sebanyak 14 kumpulan mengambil bahagian iaitu, Cahaya Insaniah (Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi), Raudhatul Khazanah (Kementerian Kewangan), As-Syifa? (Kementerian Kesihatan), Samira (Kementerian Luar Negeri), Soutul Qalbi (Jabatan Perdana Menteri), Al-Azim (Kementerian Kerja Raya), Rayyan (Kementerian Pelajaran Malaysia), Nusrah (Kementerian Pelancongan Malaysia), Helwa (Kementerian Penerangan Malaysia), Suara Kemajuan (Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah), Al-Wathan (Kementerian Sumber Manusia), Syahdu (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Suara Bayu (Kementerian Belia dan Sukan) dan As-Syakirin (Kementerian Dalam Negeri).
Mudahan-mudahan segala yang diusahakan akan menghasilkan manfaat yang besar untuk kepentingan syair Islam yang suci dan murni, amin.
|
Kemaskini pada 2016-11-17 14:59:20 daripada Pentadbir Sistem